Google Translator

nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 3

Jika keselesaan bukan menjadi agenda utama aktiviti perTIDURan korang, korang boleh cuba praktikkan kaedah-kaedah ini yang jauh lebih TIDAK selesa berbanding kaedah-kaedah yang diselatankan pada nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1 dan nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2.

6. Hotel 1000 Bintang
Korang mesti pernah pernah 'main pondok-pondok' kan?? ini adalah kesinambungan daripada permainan tersebut apabila korang sudah tua dewasa. Konsep ini mungkin tidak dapat dilakukan sesuka hati di negara orang namun ada kemungkinan tinggi yang korang boleh memacakkan khemah korang di satu-satu kawasan dengan syarat korang mempunyai khemah sendiri.

Selain dapat tempat tidur PERCUMA, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan burung di pagi hari, dan mungkin lolongan serigala di malam harinya. Indah bukan.. Berlatarbelakang banjaran yang melintangi ufuk dan tasik atau lautan di pintu khemah korang. Itu belum lagi desiran ombak memukul pantai atau deruan air di jeram berhampiran. PERGHH..
hotel 1000* tanpa 'hot-shower' 

nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2

Kesinambungan dari nak tido pon kena baya ke?! - mukasurat 1, aku cuba untuk mempelbagaikan kehendak korang yang dok sibuk cari penginapan yang selesa tetapi MURAH PERCUMA melalui cara dan kaedah yang sering digunapakai oleh pengembara lain di luar sana.

3. Petik Buah di Rumah Ladang
Melalui beberapa laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sementara, korang boleh lebih bersedia untuk bekerja secara sambilan seperti menuai hasil tanaman dan memetik buah di ladang-ladang yang terpilih. Selain daripada memberikan tempat tinggal PERCUMA, pengusaha ladang-ladang ini juga akan membayar upah (duit poket) untuk membolehkan korang meneruskan kembara di kawasan sekitar. Makan minum korang juga akan terjaga disamping mendapat khidmat pemandu pelancong tidak bertauliah dari kalangan pekerja-pekerja tempatan yang lain.

Selain daripada itu, korang juga boleh redah ke mana-mana 'backpackers hostel' yang sudi menawarkan tempat tinggal PERCUMA dengan syarat anda wajib bekerja untuk mereka sama ada sebagai penjaga kaunter, pengemas bilik atau pemandu pelancong (Bahasa Inggeris).
mereka menuai sayur dengan senyuman yang menawan